Monday, 1 August 2011

SALAM PEMBUKAAN




Asssalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung2 dan juga blogger yang ada di muka bumi ini. Salam pembukaan dan salam permulaan untuk anda semua. Saya mulakan dengan bismillah dan memanjatkan kesyukuran kepada tuhan yang maha esa kerana mengurniakan saya sepasang mata untuk melihat dan kedua-dua tangan untuk menulis.  Saya merupakan seorang NEWCOMER dalam bidang bloggging ini, jadi saya hanya seorang budak yang mentah dalam bidang2 penulisan ini, jadi saya berharap kepada otai2 blogger yang ada kat luar sana silalah berikan tunjuk ajar dan sebarang panduan yang berguna kepada saya, agar saya dapat meneruskan perjuanga
n saya dalam penulisan blog ini. Tujuan saya untuk masuk dalam bidang penulisan blog ini adalah
untuk menimba dan mencari pengalaman yang baru dalam kehidupan ini. Antara tujuan yang lain juga adalah untuk berkongsi perkara2 kebaikan diantara saya dan anda semua. Tujuan ketiga saya untuk membina blog ini adalah untuk mencari sesuatu dari sudut kewangan ataupun penambahan pendapatan. Mungkin ada segelintir anda terkejut ataupun tersenyum mendengar tujuan saya yang ketiga itu.... namun semua perkara ini bukanlah mustahil. Anda semua sudah tentu pernah terbaca di akhbar ataupun di majalah bagaimana seseorang itu berjaya memperolehi pendapatan ataupun kejayaaan hanya melalui blog. Ini semua sudah terbukti dengan beberapa insan yang ada di negara kita ini dan di negara luar yang telah mencapai kejayaan melalui blog mereka masing2. Namun anda semua harus tahu bahawa tujuan sebenar saya bukanlah untuk mencari kekayaan ataupun kemewahan melalui blog ini.... tujuan sebenar saya hanyalah untuk mencari pengalaman yang baru dan ingin brkongsi sesuatu kebaikan kepada anda semua. Namun jika ada peluang yang baik datang kepada saya ataupun peluang untuk membuat sesuatu yang dapat memberikan pendapatan kepada saya... tidak salah jika saya mengambil peluang tersebut. Ini kerana, kita semua haruslah sentiasa ingat bahawa rezeki tidak terbatas dan rezeki sentiasa ada di mana2. kita cuma hanya perlu berusaha untuk mencari dan mencapainya. Ini kerana segala impian ataupun sesuatu perkara yang ingin kita capai menjadi realiti, kita haruslah mencuba dan berusaha bersungguh2 untuk mencapainya. Apa perkara ataupun isi2 yang ingin sampaikan dan selitkan di dalam blog saya ini hanyalah perkara2 yang terjadi di sekeliling kita dan benda2 yang dapat memberi faedah kepada kita semua. Tidak terlintas pun di hati saya untuk menyakiti, memfitnah, berbohong, dan memusuhi mana-mana pihak melalui blog saya ini ataupun melalui penulisan saya ini. Ini kerana, semua benda yang ada di blog ini hanyalah perkara2 yang dapat memberi kebaikan dan faedah kepada diri saya dan anda semua......kerana ini adalah BLOGKITA (blog untuk kita). Saya rasa setakat ini sahaja penulisan saya untuk SALAM PEMBUKAAN DAN SALAM PERMULAAN di dalam blog ini...... dan saya berharap anda semua dapat memahami segala perkara dan benda2 yang telah saya sampaikan melalui penulisan saya ini,.. dan jika anda semua mempunyai sebarang komen ataupun kritikan.. luahkan dan tuliskan saja mengikut isi hati anda semua, kerana saya akan menerimanya dengan hati dan tangan yang terbuka. Sekian.... saya berharap anda semua terus menyokong dan memberikan semangat kepada saya untuk terus menulis dan memastikan blog saya ini lebih maju dan dapat melangkah setapak kehadapan. Terima kasih kepada anda semua............Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera

No comments:

Post a Comment