Saturday 13 August 2011

C.I.N.T.A




Cinta......  Apakah cinta???.        Tentu kita semua pernah mendengarnya. Tentu kita juga pernah merasainya.

Apakah maksud cinta???.....       Cinta adalah satu fitrah yang ada dalam diri kita sendiri... Cinta akan membuatkan kita mempunyai rasa sayang antara satu sama lain. Cinta datangnya daripada satu perasaan yang lembut dan halus.





Siapakah yang patut kita cintai???...       Dalam ajaran islam... yang harus kita cintai adalah ALLAH, RASULULLAH, dan juga sesama UMAT.


Cinta kepada ALLAH. -  Sebagai umat islam kita harus mengenali Allah dan mencintai Allah. Ini akan mendekatkan kita kepada Allah dan dapat mengabdikan diri kepadaNya...serta dapat menguatkan dan meningkatkan iman kepadaNya.


Cinta kepada RASULULLAH S.A.W. -  Rasulullah merupakan seorang utusan yang telah berjaya dalam memimpin dan membawa kita ke jalan yang benar. Dengan ajaran islam yang telah disampaikan oleh Baginda kepada kita semua... kita seharusnya mempunyai rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah S.A.W atas pengorbanan dan perjuangannya dalam memimpin kita ke arah jalan yang benar.



Cinta sesama umat - Cinta sesama umat adalah tergolong dalam cinta kepada keluarga, cinta kepada saudara, cinta pada sahabat, cinta kepada orang lain, dan cinta kepada pasangan.


CINTA KEPADA PASANGAN

Adakah kita cinta pada pasangan kita????  YA.... kenapa??            TIDAK.... Kenapa??

YA -  Kerana masih saling menyayangi antara satusama lain.. (saya masih sayang pada pasangan saya.... pasangan saya masih sayang pada saya)

TIDAK - Kerana sudah hilang rasa sayang... tidak sefahaman... tidak memahami antara satusama lain.



Bagaimana untuk menguatkan cinta??....   Bertolak ansur.., ambil berat antara satu samalain.., jauhkan sikap cemburu.., puji pasangan anda.., bersikap romantis.., jangan mencari kesalahan pasangan anda.




Sakit tak putus cinta???...  hanya tuhan saja tahu bagaimana perasaan apabila putus cinta..... ada orang yang sanggup mati kerana putus cinta,dan ada yang menjadi gila kerana putus cinta. Setelah bertahun-tahun menyulam cinta dan akhirnya putus di tengah jalan....   Bagaimanakah rasanya??.  - tidak boleh diungkap dengan kata-kata.









Bolehkah cinta dibeli???..    Ya...  cinta boleh dibeli..Namun cinta yang dibeli hanyalah cinta yang pura-pura dan cinta yang sementara. Ini semua terbukti apabila ada kaum wanita yang dibeli cintanya dengan wang ringgit, harta, dan kebendaan.  Tetapi, cinta yang ikhlas dan telus yang datang dari hati dan perasaan seseorang memang tidak boleh dibeli dan tidak ternilai.



Cinta kerana nafsu???...    Ya... ini memang terjadi, ada lelaki yang di luar sana bercinta kerana nafsu. Ini kerana perasaan cinta mereka datangnya dari nafsu mereka, bukannya ikhlas dari hati mereka. Manusia jenis begini hanya mahu mengambil kesempatan ke atas pasangan mereka.




KESIMPULANNYA:    Cintailah pada yang Maha Mencintai  dan Cintailah pada yang mencintai dirimu.




4 comments:

  1. untuk mencari yang mencintai diri kita dan
    menerima seadanya itu cukup sukar. huhu

    ReplyDelete
  2. kalau cha nak Mencari cinta sejati memang sukar... kena berhati2 apabila memilih. Nnti ada yang hanya nak ambil kesempatan pada kita diri kita.

    ReplyDelete
  3. cinta itu seharusnya 3 segi...
    aku...kamu..dan Dia... ♥

    ReplyDelete
  4. ya.. benar cik tika... klau bleh buat empat segi,seksagon,nonagon,okstagon.. heeheheh

    ReplyDelete