Monday 8 August 2011

PENYESALAN



AKU... siapakah aku??. adakah aku anak menteri??adakah aku anak jutawan?? atau adakah aku seorang manusia yang bergelar Dato`??.... Tidak..Tidaak!!!!..   Aku hanyalah seorang insan yang telah mengalami satu penyesalan yang terbesar dalam hidupku yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Ini adalah kisahku... kisah hidup aku yang ingin kujadikan teladan kepada anda semua dan untuk dikongsikan kepada anda semua. Bukan niatku untuk membuka pekung di dada..tapi biarlah kisah ini akan dapat m
emberi pengajaran kepada anda semua.
Biarlah aku memperkenalkan diriku dengan gelaran "AKU".. kerana ia lebih sesuai untukku. Aku akan mulakan kisah hidupku ini bermula dari aku dilahirkan sehinggalah aku menjadi seorang insan yang mempunyai seribu satu penyesalan. Ini adalah permulaan kisah hidupku..  Aku dilahirkan sebagai seorang manusia yang cukup sifat, sihat tubuh badan dan mempunyai kesemua ciri-ciri fiz

ikal yang patut ada pada seorang manusia. Dan aku bersyukur kepada tuhan kerana mengkurniakan kesemua sifat-sifat tersebut. Aku merupakan anak pertama yang telah dilahirkan di dalam keluargaku.. dan ibu bapaku sudah tentu gembira dengan kelahiranku.... kerana, aku adalah anak pertama mereka. Namun... seperti kata pepatah lama ada mengatakan "langit takkan selalu cerah".. perkara buruk telah menimpa semasa aku dilahirkan.. dimana, ibuku yang telah mengandungkan aku dan yan
g telah bersusah payah menjaga aku di dalam kandungannya telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini semasa melahirkan aku. Dengan erti kata yang lain, meninggal dunia semasa melahirkan
aku. Aku tidak tahu bagaimanakah perasaan ayahku pada waktu tersebut.. tentu dia berasa sedih yang amat sangat apabila mendengar berita tersebut. Namun, takdir, ajal dan maut, semuanya terletak pada yang Maha Esa, jadi kita harus menerima seadanya ketentuanNya. Jadi, dari hari tersebut hinggalah ke hari ini.. aku tidak pernah merasa belaian dan kasih sayang dari seorang ibu yang dapat
dirasa oleh anak-anak yang lain. Jikalau anda semua masih mempunyai seorang ibu dan pernah merasa kasih sayang seorang ibu, maka anda semua orang yang bertuah kerana dapat merasainya. Oleh itu, sayangilah mereka balaslah jasa mereka dan jagalah mereka selagi mereka masih ada disamping anda semua. Kerana nanti.. anda semua pasti akan menyesal jika ibu anda akan pergi selama-lamanya.


Semenjak kejadian tersebut.. aku telah dijaga dan dibesarkan oleh seorang lelaki yang ku panggil "AYAH" kerana dia adalah bapa kandung ku, dan aku adalah anak kandungnya. Aku sangat disayangi oleh ayah ku kerana akulah satu-satunya anaknya dan aku adalah pewarisnya. Kehidupan k
ami berjalan seperti biasa... walaupun ayahku bukanlah orang yang senang dan bukan datang dari keluarga yang kaya-raya kerana dia hanya bekerja sebagai seorang pemandu bas.. kehidupan aku dan ayahku sama seperti jiran-jiran yang lain, walaupun ada kalanya ayah sering mengalami kesempitan wang.. namun, aku tidak pernah merungut. Aku telah dididik dengan baik dan mendapat sepenuhnya kasih sayang daripada ayahku. Walaupun menjagaku seorang diri tanpa bantuan daripada sesiapa, namun itu semua tidak menjadi penghalang kepadanya untuk membesarkan aku. Bila ku ingat-ingat kembali, Ada satu peristiwa yang tidak dapat kulupakan melalui pengorbanan ayahku ialah semasa aku masih b
elajar di sekolah rendah. Pada hari tersebut aku ingin meminta ayahku untuk membelikan aku sepasang kasut sekolah, kerana kasutku telah koyak,.... jadi aku menunggu ayahku pulang ke rumah untuk memberitahunya tentang niatku  itu. Semasa ayahku telah sampai ke rumah dari tempat kerjanya, aku terlihat ayahku membawa satu bungkusan di tangannya... namun aku tak ambil kisah tentang bungkusan tersebut, kerana niatku adalah untuk segera memberitahu ayahku tentang kasutku itu. Lalu aku pun bertanyakan kepada ayahku jika dia dapat membelikan aku kasut sekolah baru. Lant
as ayahku memberikan jawapan yang tidak mengecewakan aku... ayahku bersetuju untuk membelikan aku kasut sekolah baru pada keesokan hari. Aku sangat gembira pada waktu itu sehingga tidak sempat bertanyakan kepada ayah apakah bungkusan yang dibawa olehnya. Namun dari a
pa yang aku lihat dalam bungkusan tersebut adalah seperti sepasang selipar baru... tapi aku tidak berniat untuk bertanyakan hal tersebut kepada ayah. Keesokan harinya, selepas pulang dari sekolah.. aku terus menunggu ayahku pulang dari tempat kerja untuk membawa pulang kasut sekolah baru aku. Pada waktu petang, ayahku telah pulang dengan membawa kasut baruku.. aku berasa sangat gembira pada masa itu. Pada waktu itu juga, terlintas di hatiku untuk bertanyakan kepada ayah apakah bungkusan yang dibawa oleh ayah semasa baru balik semalam. Ayah telah memberitahu aku bahawa di dalam bungkusan itu ada sepasang selipar baru yang baru dibeli oleh ayahku. Memang benar tekaan ak
u tentang barang yang ada di dalam bungkusan tersebut, namun aku berasa hairan kerana aku tidak nampak di manakah ayah simpan selipar tersebut. Lalu, aku bertanya kepada ayahku tentang hal tersebut... alangkah terkejutnya aku apabila ayah memberitahu bahawa selipar itu telah ditu
karkan dengan kasut baruku itu. Ayahku menjelaskan kepadaku bahawa dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli kasutku, jadi dia terpaksa tukarkan selipar yang baru dibelinya kepada kasut sekolah baruku. Ayahku memberitahu kepadaku bahawa dia tidak mahu melihat aku kecewa jika dia tidak dapat membelikan kasut baru kepadaku. Jadi, dia berkorban dengan selipar yang baru dibelinya gara-gara tidak mahu mengecewakan aku. Pada waktu itu, aku berasa sangat bersalah kerana menyuruh ayahku membelikan aku kasut baru tersebut. Apabila ayah menyedari tentang perasaanku yang serba salah, lantas dia memujuk aku dengan memberitahu aku bahawa dia tidak kisa
h sangat dengan hal itu kerana dia cuma tidak mahu melihat aku kecewa. Jika aku teringat kembali peristiwa tersebut, pasti air mataku akan mengalir mengenangkan pengorbanan ayahku itu.


Untuk meneruskan ceritaku, biarlah aku mulakannya dengan peringkat yang lebih  jauh... di mana,  aku memulakannya dengan alam pekerjaan. Selepas tamat alam persekolahan.. aku telah menyambungkan pelajaranku di sebuah universiti yang terletetak di bandaraya. Aku telah berjaya menyambung pelajaran di universiti tersebut kerana aku telah mendapat keputusan yang baik semasa dalam pepriksaan SPM. Kemasukan aku di universiti tersebut telah ditaja oleh sebuah syarikat
minyak dan aku juga telah berjaya mendapat sumbangan biasiswa dari syarikat tersebut. Ayah merupakan Orang yang paling gembira pada waktu itu. Dia merasa bangga kerana telah berjaya mendidik dan membesarkan aku sehingga menjadi orang yang berjaya. Namun disebalik semua kegembiraan itu, ada juga cerita kesedihan disebaliknya,.... ini kerana, aku terpaksa meninggalkan ayahku di kampu
ng keseorangan. Pada waktu itu, ia merupakan perkara yang sangat menyentuh hatiku kerana terpaksa berpisah dengan ayahku. Itu juga merupakan kali yang pertama aku akan meninggalkan ayahku setelah beberapa tahun aku hidup bersama ayahku, kerana aku sudah tidak mempunyai sesiapa lagi kecuali hanya ayahku seorang. Aku masih ingat peristiwa tersebut hingga ke hari ini.... di mana pada hari itu aku akan berangkat ke bandar untuk memulakan pengajianku di universiti tersebut. Aku masih ingat di mana pada waktu itu aku berpelukkan dengan ayahku sambil air mata mengalir sep
erti tiada hentinya....oleh kerana berasa sangat sedih untuk meninggalkan ayahku. Pada hari tersebut jugalah aku melihat ayahku menangis seperti orang yang tak tentu arah... memelukku seerat-seeratnya seperti tidak mahu melepaskan aku. Namun aku terpaksa menguatkan semula semangat aku, agar aku dapat menghapuskan segala perasaan sedihku dan memastikan agar ayahku tidak terus bersedih atas pemergianku.

Dipendekkan cerita, selepas aku berjaya menamatkan pengajianku di universiti tersebut... aku telah ditawarkan bekerja di sebuah syarikat yang terkenal di ibukota sebagai pengurus pemasaran.
Memang rezeki aku cukup luas pada waktu itu kerana telah dikurniakan pekerjaan yang mempunyai jawatan yang tinggi serta gaji yang lumayan. Semasa aku mendapat tawaran kerja tersebut... aku terus menyampaikan berita baik itu kepada ayahku yang berada di kampung. Betapa gembira dan bangganya ayahku apabila mendengar berita tersebut daripadaku. Dia sempat berpesan kepadaku agar bekerja dengan sejujurnya dan menjadi orang yang bertanggungjawab. Selepas beberapa tahun aku bekerja di tempat tersebut aku telah dinaikkan pangkat menjadi pengarah urusan syarikat tersebut. Alangkah gembiranya aku apabila mendapat tawaran tersebut.... aku bersyukur kepada tuhan kerana memberi aku rahmat dan rezeki yang tak pernah putus-putus. Namun, ada satu perkara yang t
elah menjadi keburukan dan kelemahan kepada diriku adalah,....aku jarang untuk melawat dan menjenguk ayahku di kampung. Aku hanya pernah menjenguk ayah semasa aku masih belajar di universiti iaitu pada waktu cuti semester. Semenjak aku bekerja bertahun-tahun.. tidak pernah sekali pun aku melawat ayahku di kampung. Malah aku juga tak pernah balik ke kampung untuk merayaka
n hari raya bersama ayahku, kerana alasanku ialah aku sibuk kat tempat kerja dan tiada masa untuk balik ke kampung. Aku hanya berhubung dan bertanyakan khabar ayahku hanya melalui perbualan telefon.  Aku tidak tahu mengapa tidak sedikit pun terlintas di fikiranku pada waktu itu untuk menjenguk ayahku yang berada di kampung. Mungkin pada masa itu aku beranggapan bahawa dengan mengirimkan wang kepada ayahku pada tiap-tiap bulan... sudah cukup bagiku. Untuk meneruskan lagi ceritaku ini.... pada suatu hari, aku telah menerima panggilan daripada pakcik wahid.. beliau merupakan kawan baik ayahku di kampung. Dia memberitahu berita yang tak baik... di mana ayahku telah dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung. Aku berasa sedikit terkejut apabila mendengar berita tersebut. Namun apa yang aku beritahu kepada pakcik wahid adalah, aku akan mengirimkan wang untuk membayar belanja perubatan ayahku kerana aku tidak dapat pulang ke kampung disebabkan s
ibuk dengan urusan kerja. Begitu bodoh tindakan aku pada waktu itu. Aku tidak tahu mengapa pada masa itu, tidak terlintas pun niat dihatiku untuk menjenguk ayah di kampung. Selang beberapa bulan selepas itu, aku masih menerima berita yang sama dari pakcik wahid. Namun apa tindakan yang aku ambil hanyalah mengirimkan wang untuk membayar kos perubatan ayah. Dalam dua ke tiga bulan selepas itu, aku masih mendapat berita tersebut.... berita tentang ayahku yang sering diserang penyakit jantung. Akibat terlalu bosan kerana sering mendapat panggilan daripada pakcik wahid.. aku mengambil tindakan yang bodoh dengan menukarkan nombor telefon bimbitku dengan nombor yang lain. Aku berbuat demikian untuk memastikan agar orang-orang di kampung dan juga ayahku tidak dapat berhubung denganku lagi. Begitu kejamnya fikiranku pada waktu itu kerana sanggup bu
at perkara tersebut. Selepas aku menukar nomborku..tiada seorang pun orang kampung termasuk ayahku yang berjaya menghubungi aku. Aku berasa gembira pada masa itu, kerana tiada sesiapa lagi yang boleh mengganggu aku. Selepas empat bulan aku tidak berhubung dengan ayahku ataupun dengan orang-orang kampung.... aku menjadi serba salah. Fikiranku mula tidak menentu....aku mula teringatkan tentang ayahku... apa yang bermain di fikiranku pada waktu itu ialah....bagaimanakah keadaan ayah di kampung???...adakah dia sihat??.. adakah dia masih sakit?? fikiranku pada waktu itu jadi tidak tentu arah. Lalu aku pun mengambil keputusan balik ke kampung pada keesokkan h
arinya. Seingat aku..hari tersebut adalah pada hari selasa, di mana aku bertolak dari rumahku pada waktu pagi...kerana ia mengambil masa sehingga sembilan jam untuk sampai ke kampungku. Semasa dalam perjalanan.... aku tidak tahu mengapa fikiranku pada masa itu sentiasa teringat akan ayahku...setiap minit yang kulalui...wajah ayahku sentiasa bermain di fikiranku. Aku tidak tahu mengapa semua itu terjadi. Mungkinkah kerana aku sudah lama tidak menjenguk ayahku di kampung ataupun mungkin sesuatu telah terjadi kepada ayahku....Tidak... Tidaak!!! tidak mungkin perkara tersebut terjadi kepada ayah... aku mematikan fikiranku.... aku tak nak berfikir yang bukan-bukan.


Niat dihatiku pada waktu itu hanyalah untuk berjumpa dengan ayahku...aku tidak mahu fikirkan benda-benda yang lain. Aku terus meneruskan perjalananku... aku sudah tidak sabar untuk b
erjumpa dengan ayahku. Akhirnya aku telah sampai ke kampungku pada waktu petang.... seingat-ingat aku, waktu tersebut adalah lebih kurang pada waktu jam 6:45 petang, Jalan-jalan di kampungku banyak yang sudah berubah. Selepas melalui rumah-rumah orang kampung yang lain.... akhirnya aku telah sampai ke rumah ayahku. Sayu dan sedih hatiku apabila melihat rumah tersebut...sudah lama aku tidak masuk ke rumah itu.... di sanalah tersimpannya kenangan yang banyak antara aku dan ayahku. Namun apa yang aku berasa pelik apabila aku sampai di sana ialah, aku terlihat ramai orang berkumpul di dalam dan di luar rumah ayah. Aku berasa hairan mengapa begitu ramai  orang berkumpul di rumah kami??...persoalan tersebut bermain di fikiranku. Selepas aku kelu
ar dari keretaku... semua mata orang-orang yang berkumpul di luar tertumpu kepadaku. Lalu aku memberi salam kepada mereka dan terus masuk ke rumah tanpa bertanyakan kepada mereka.. apakah tujuan mereka berkumpul di rumah ayahku. Ketika aku melangkah masuk ke dalam rumah ayah...aku lihat ramai orang kampung berada di dalam rumah kami... dan sejurus itu, mataku terus terpandang pada sekujur tubuh yang dibaluti kain kafan, yang betul-betul berada di lantai ruang tamu rumah ayah. Pada saat itu, badanku berasa sejuk...aku menggigil...siapakah orang yang berada di sebalik kain kafan itu??..mengapakah jasad tersebut berada di rumah kami??..semua persoalan-persoalan tersebut bermain difikiranku. Mungkinkah itu??... Aaaaah.. aku mematikan fikiranku.. aku tidak mahu be
rfikir yang bukan-bukan. Tiba-tiba bahuku ditepuk oleh seseorang.. apabila aku menoleh.. rupa-rupanya pakcik wahid. Dia berkata kepadaku supaya aku bersabar dan terima dugaan ini seadanya. Aku bertambah menggigil apabila mendengar ayat tersebut daripada mulutnya. Apa yang terlintas di fikiranku pada waktu itu adalah.. mungkinkah itu jenazah ayah aku??..Namun aku tidak mahu
berfikir panjang.. aku kuatkan semangatku untuk mendekati tubuh tersebut. Apabila aku berada betul-betul di sebelah jenazah itu.... aku memberanikan diri untuk menyelak kain yang menutupi muka jenazah tersebut... Dan........ apa yang bermain difikiranku sebelum ini menjadi kenyataan...jenazah yang berada di sebelah aku itu adalah jenazah ayahku.. ayah yang telah kutinggalkan dan kubiarkan seorang diri selama beberapa tahun. Hancur!!....hancur berkecai hatiku apabila mengetahui sekujur tubuh yang tidak bernyawa itu adalah milik ayahku. Pada waktu itu.. aku hanya menangis dan menjerit-jerit memanggil ayahku. Aku seperti orang gila pada waktu itu. Aku memeluk erat tubuh ayahku yang sudah tidak bernyawa itu dan aku tidak mahu melepaskannya. Aku menangis, menjerit, merau
ng seperti orang yang dirasuk. perasaanku pada waktu itu hanyalah sedih dan menyesal yang teramat sangat. Ramai orang-orang kampung di sekelilingku menyuruh aku bersabar dan beristighfar... namun aku langsung tidak mempedulikan suara mereka.. yang hanya aku mahu pada waktu itu adalah berada di samping tubuh ayahku. Aku menyesal...sangat-sangat menyesal kerana tiada di sisi ayah sewaktu dia menghembuskan nafas terakhir. Apa yang kubuat selepas itu hanyalah memeluk ayahku dan menangis di sisinya. Aku tidak mempedulikan perkara-perkara yang lain lagi pada waktu itu... apa yang hanya aku mahu adalah bersama-sama dengan jenazah ayahku.
Pada masa itu.... aku teringat kembali saat-saat aku bersama ayahku semasa kecil, teringat kembali segala pengorbanannya menjaga dan membesarkan aku.... semua itu bermain di ruang fikiranku. Aku menangis dan terus menangis sehingga aku tertidur di sisi jenazah ayahku. Apa yang aku buat pada waktu itu adalah tidak mahu melepaskan jenazah ayahku. Dipendekkan cerita..pada keesokkan harinya, jenazah ayah telah diuruskan... aku redha dengan pemergian ayah.. tapi jauh di dalam lubuk hatiku pada waktu itu masih tersimpan seribu satu penyesalan. Jenazah ayah telah selamat disemadikan di kawasan tanah perkuburan di kampung kami sendiri. Selepas selesai segala urusan pengebumian.... aku berseorangan tinggal di sebelah pusara ayahku, kerana semua orang kampung telah pulang selepas selesai segala urusan. Apa yang kubuat pada waktu itu hanyalah menangis di pusara ayahku... aku menangis seperti budak-budak kecil..namun aku tidak pedulikan se
mua itu, kerana perasaan sedihku pada masa itu tidak dapat kuelakkan. Aku teringat lagi waktu-waktu aku bersama ayahku.. aku teringat semula tentang peristiwa kasut sekolah baruku, dan teringat kembali bagaimana susahnya ayah seorang diri membesarkan aku. Semua pengalaman itu kuingat sambil air mata mengalir di pipiku. Aku berada di pusara ayahku sehungga waktu petang.. dan aku mengambil keputusan untuk balik ke rumah kami sebelum waktu maghrib. Setelah begitu lama berada di pusara ayah... akhirnya dengan berat hati aku meninggalkan kawasan tanah perkuburan tersebut. Semasa sampai di rumah.. pakcik wahid sedang menunggu aku di luar.. aku melihat raut wajah dan pergerakan badannya seperti ada sesuatu yang ingin disampaikan kepadaku. Memang benar tekaanku apabila pakcik wahid menyeluk tangan kedalam sakunya.. dan mengeluarkan sepucuk surat. Kata pakc
ik wahid.. itu adalah surat yang ditulis oleh ayah sebelum dia meninggal dunia.. surat tersebut adalah untuk aku daripada ayah. Lalu aku terus masuk ke rumah dan membaca surat tersebut. Ini adalah catatan dari surat tersebut;




Kepada ...........
                                     Nak.... ayah harap kamu berada dalam keadaan sihat walafiat. Mungkin semasa kamu membaca surat ini, ayah telah pun pergi menghadap ilahi.. jadi, ayah harap kamu janganlah bersedih atas pemergian ayah ini. Tujuan ayah menulis surat ini adalah untuk menyampaikan pesanan terakhir daripada ayah kepada kamu. Nak... sejak kamu dilahirkan hinggalah kamu membesar menjadi orang yang berjaya, tidak pernah sedikit pun hilang kasih sayang ayah terhadap kamu.. dari kamu kecil hingga ke dewasa ayah menjaga dan mendidik kamu dengan penuh kasih sayang. Namun ayah tidak pernah terfikir untuk meminta ataupun mengharapkan apa-apa balasan daripada kamu, yang ayah cuma mahu dari kamu adalah menjadi orang yang berguna. Semasa ayah menulis surat ini, ayah beras kesepian dan kesunyian nak...kamu dah lama tidak berada di sisi ayah... ayah rindu sama kamu nak. Semenjak dari kamu mula bekerja sehingga bertahun-tahun di sana... ta
k pernah sekali pun kamu datang menjenguk ayah di sini. Ayah berasa sedikit kecewa dan sedih dengan kamu... Namun, ayah faham... kamu mungkin sibuk dengan urusan kerja kamu sehingga tidak mempunyai masa untuk balik ke kampung menjenguk ayah. Tetapi ayah harap kamu jangan berasa serba salah nak... jika selepas ini kita tidak dapat bertemu lagi... ayah harap kamu jangan berasa sedih ataupun menyesal, kerana ayah telah memaafkan kamu dan ayah berharap agar dosa-dosa kamu
telah diampunkan tuhan. Ayah berharap selepas ini...janganlah kamu bersedih lagi nak..teruskanllah kehidupan kamu seperti biasa. Anggaplah ini semua dugaan dari Allah S.W.T. Ini sajalah pesanan terakhir dari ayah kepada kamu... Ayah berharap surat ini dapat menjadi penghubung terakhir antara kita... Assalammualaikum

Daripada: Ayah yang sentiasa menyayangimu


Jika aku membaca kembali surat ini... pasti air mataku akan mengalir. Surat itu merupakan pesanan terakhir daripada ayah kepadaku.. dan pesanan tersebut aku terima selepas dia meninggalkan aku. Alangkah berkatnya jika pesanan tersebut dapat kudengar daripada mulut ayahku sendiri... namun, ini semua kerana kesalahanku sendiri... aku yang bersalah. Aku tidak menggunakan peluang dan masa yang ada untuk bersama dengan ayahku. Kini selepas tiga tahun pemergian ayahku.... hatiku masih lagi berasa sedih dan menyesal atas perbuatanku. Walaupun aku tahu ayah telah memaafkan aku... tetapi aku sendiri tidak dapat memaafkan diriku. Kini aku hidup kesunyian, kesepian, dan keseorangan tanpa ada sesipa lagi disisiku. Mungkin beginilah dulu perasaan arwah ayahku semasa aku tidak pernah berada di sisinya. Begitulah kisah hidupku... kisah seorang anak yang telah mengalami
sebuah penyesalan terbesar dalam hidupnya. Aku berharap dengan tertulisnya kisah hidupku ini...ia akan dapat memberi pengajaran yang berguna kepada hidup anda semua. Jika anda semua masih mempunyai ayah ataupun ibu... sayangilah mereka, jagalah mereka, dan sentiasalah berada di sisi mereka sampai bila-bila... kerana kita tidak tahu sampai bilakah mereka akan berada di samping kita. Oleh itu, gunalah peluang yang anda semua masih ada ini... untuk bersama-sama dengan kedua-dua ibubapa anda. Kerana jika anda semua tidak menggunakan peluang tersebut, saya takut anda semua akan menjadi seperti saya... kerana penyesalan adalah sebuah pekara yang menyakitkan. Ia
sentiasa akan menghantui perasaan kita sampai bila-bila. Jadi, saya berdoa agar hidup anda semua diberkati dan dirahmati oleh tuhan dan saya juga berharap agar cerita saya ini akan dapat memberi pengajaran dan kebaikan kepada anda semua.... Assalammualaikum.



lagu untuk "AYAH"


3 comments:

  1. kisah betul epul ke ni? sebak plak baca..

    ReplyDelete
  2. sedey jee.. sabar okey :) doakan yg terbaek utk arwah ayh awk :)

    ReplyDelete
  3. crite di atas tak da kena mngena dngan sye... ia diambil dari pngalaman kwan sye... cuma sya tlong storykan aje... hrap2 dpat beri pngajaran pada kita..

    ReplyDelete